Praktis Formatif 8.4 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Nyatakan satu contoh kegunaan sinaran radioaktif dalam bidang yang berikut:
(a) Arkeologi atau geokronologi
(b) Perubatan
(c) Pertanian
(d) Pertahanan
(e) Perindustrian

Jawapan:
(a) Pentarikhan karbon-14 untuk menentukan usia sesuatu objek purba.

(b) Merawat kanser dengan membunuh sel kanser.

(c) Menentukan kadar penyerapan baja fosfat dalam tumbuhan.

(d) Membina senjata seperti bom atom.

(e) Kawalan ketebalan kepingan logam.

Soalan 2:
(a) Namakan jenis sinaran radioaktif yang digunakan dalam pengawetan makanan.
(b) Bagaimanakah jenis sinaran radioaktif ini dapat mengawetkan makanan?

Jawapan:
(a) Sinar gama

(b) Sinar gama mengawetkan makanan dengan membunuh bakteria pada makanan yang diawetkan.

Soalan 3:
Mengapakah sumber radioaktif atau sisa radioaktif disimpan di dalam kotak dengan dinding plumbum yang tebal?

Jawapan:
Kotak berdinding plumbum yang tebal dapat menghalang semua jenis sinaran radioaktif yang dipancarkan daripada sumber radioaktif atau sisa radioaktif keluar dari kotak.

Soalan 4:
Rajah 1 menunjukkan satu simbol amaran.


(a) Apakah maksud simbol amaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1?
(b) Namakan satu contoh tempat atau kawasan yang mempamerkan simbol amaran itu.
(c) Antara tiga sinaran radioaktif, iaitu sinar alfa, sinar beta dan sinar gama, yang manakah paling kurang berbahaya? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
(a) Kehadiran bahan radioaktif atau sinaran radioaktif.

(b) Hospital, pusat penyelidikan atom, bilik sinar-X.

(c) Sinar alfa. Kerana sinar alfa mempunyai kuasa penembusan yang paling rendah.

Soalan 5:
(a) Nyatakan satu logam yang digunakan untuk membuat pakaian perlindungan yang sesuai bagi mengendalikan bahan radioaktif.

(b) Nyatakan satu kebaikan dan satu kelemahan penggunaan logam yang digunakan untuk membuat pakaian perlindungan di 5(a).

Jawapan:
(a) Plumbum (atau aluminium)

(b)
Bagi plumbum:
Kebaikan – Plumbum adalah pengadang yang sesuai daripada semua jenis sinaran radioaktif termasuk sinar gama yang mempunyai kuasa penembusan yang tinggi.

Kelemahan – Ketumpatan plumbum yang tinggi menjadikan pakaian terlalu berat.

Bagi aluminium:
Kebaikan – Ketumpatan aluminium yang kurang tinggi menjadikan pakaian kurang berat.

Kelemahan – Aluminium adalah pengadang yang kurang sesuai daripada sinar gama yang mempunyai kuasa penembusan yang tinggi.

Leave a Comment