Soalan 1:
Nyatakan model Sistem Suria yang dibina oleh ahli astronomi yang berikut:
(a) Ptolemy
(b) Copernicus
(c) Kepler
Jawapan:
(a) Model geosentrik
(b) Model heliosentrik
(c) Model heliosentrik yang
dikemaskinikan dengan Hukum Kepler

Soalan 2:
Banding dan bezakan model Sistem Suria yang dibina oleh Ptolemy dan Copernicus.
Persamaan:
Perbezaan:
Jawapan:
Persamaan:
Dalam model Sistem Suria yang dibina oleh Ptolemy dan Copernicus, Bumi atau Matahari beredar dalam orbit.
Perbezaan:
Dalam model Sistem Suria yang dibina oleh Ptolemy, Bumi berada pada pusat orbit manakala dalam model Sistem Suria yang dibina oleh Copernicus, Matahari berada pada pusat orbit Bumi.

Soalan 3:
Banding dan bezakan model Sistem Suria yang dibina oleh Copernicus dan Kepler.
Persamaan:
Perbezaan:
Jawapan:
Persamaan:
Model Sistem Suria yang dibina oleh Copernicus dan Kepler ialah model heliosentrik.
Perbezaan:
Dalam model Sistem Suria yang dibina oleh Copernicus, Bumi dan planet beredar dalam orbit yang membulat manakala dalam model Sistem Suria yang dibina oleh Kepler, Bumi dan planet beredar dalam orbit elips.