Praktis Formatif 10.2 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 10

Soalan 1:
Nyatakan alat teknologi yang pertama digunakan dalam penerokaan angkasa lepas.

Jawapan:
Teleskop

Soalan 2:


Rajah 1 menunjukkan Discovery dihantar ke angkasa lepas oleh Hape.
(a) Apakah Discovery?
(b) Apakah Hape?

Jawapan:
(a) Discovery ialah sebuah kapal angkasa ulang-alik.

(b) Hape ialah roket yang menghantar Discovery, ke angkasa lepas.

Soalan 3:
(a) Nyatakan teknologi yang digunakan untuk mengambil gambar aerial.
(b) Apakah kepentingan pengambilan gambar aerial semasa bencana banjir?

Jawapan:
(a) Teknologi penderiaan jauh

(b) Untuk menentukan lokasi yang dilanda banjir dan tempat selamat untuk pemindahan mangsa banjir

Soalan 4:
Apakah peranan yang dimainkan oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MACRES)?

Jawapan:
MACRES bertanggungjawab terhadap semua projek penderiaan jauh di Malaysia.

Leave a Comment