3.2.1 Sistem Urinari dalam Manusia (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1 menunjukkan satu ginjal manusia.

Rajah 1

(i) Pada Rajah 1, labelkan struktur X. [1 markah]
(ii) Nyatakan satu fungsi ureter. [1 markah]

(b) Nyatakan satu fungsi ginjal. [1 markah]

(c) Kita dinasihatkan untuk minum lapan gelas air kosong sehari.
Bagaimanakah tabiat ini membantu kita mengekalkan ginjal yang sihat? [1 markah]

(d) Rajah 2 menunjukkan beberapa makanan rapu.

Rajah 2

Seorang murid gemar memakan makanan rapu yang mempunyai kandungan garam yang tinggi.
Apakah yang mungkin berlaku kepada amaun garam dalam air kencingnya? [1 markah]

(e) Apakah yang berlaku kepada bahan kumuh seseorang yang mengalami kegagalan ginjal? [1 markah]

(f) Cadangkan dua cara bagaimana merawat pesakit yang mengalami kegagalan ginjal. [1 markah]



Jawapan:
(a)(i) X = Medula

(a)(ii)
Menyalur air kencing dari buah ginjal ke pundi kencing

(b)
Menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan

(c)
Tabiat ini boleh mencegah pembentukan batu karang di dalam buah ginjal

(d) Meningkat

(e)
Bahan-bahan buangan terkumpul dan meracuni badan.

(f)
  1. Dialisis
  2. Pemindahan ginjal



Leave a Comment