4.8.7a Pendebungan (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1 menunjukkan dua tumbuhan, P dan Q, daripada spesies yang sama.

Rajah 1

Pendebungaan kacuk ialah sejenis pendebungaan.
(i) Nyatakan dua kebaikan menggunakan pendebungaan kacuk untuk pembiakbakaan dalam pertanian. [2 markah]

(ii) Cadangkan satu cara untuk memastikan hanya pendebungaan kacuk berlaku pada Q. [1 markah]

(iii) Nyatakan satu sebab bagi jawapan di (a)(ii). [1 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan pokok bunga mawar ditanam di kebun tertutup. [1 markah]

Rajah 2

(i) Cadangkan satu cara untuk meningkatkan pendebungaan kacuk dalam kebun ini. [1 markah]

(ii) Nyatakan satu sebab bagi jawapan di (b)(i). [1 markah]


(c) Rajah 3 menunjukkan lebah madu menghisap madu pada sekuntum bunga pokok berbuah. [1 markah]

Rajah 3

Terangkan bagaimana situasi ini membantu petani meningkatkan hasil buah daripada pokok-pokoknya. [2 markah]


Jawapan:
(a)(i)
1. Menambah baik kualiti tanaman.
2. Menghasilkan anak pokok yang lebih tahan terhadap penyakit.

(a)(ii)
Buang semua anter pada pokok itu.

(a)(iii)
Untuk menghalang pendebungaan sendiri

(b)(i)
Gunakan suatu ejen pendebungaan luar.

(b)(ii)
Untuk memindahkan butiran debunga dari satu pokok ke pokok yang lain.

(c)
Lebah madu iti bertindak sebagai satu ejen pendebungaan dan membantu dalam proses pendebungaan.



Leave a Comment