3.5.2b Kepentingan Gizi Seimbang (Soalan Subjektif)

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan menu sarapan pagi Andrew.

Rajah 2

(a) Namakan kelas makanan bagi susu. [1 markah]


Jadual 2 menunjukkan nilai kalori untuk tiga jenis makanan.

Jadual 2

(b) Andrew mengambil 250 g roti, 200 g susu dan 100 g oren.
Kira jumlah kalori yang diambilnya untuk sarapan pagi. [1 markah]


(c) Andrew berusia 15 tahun manakala kakaknya Amy berusia 25 tahun.
Siapakah yang memerlukan kalori yang lebih tinggi setiap hari?
Jelaskan jawapan anda. [2 markah]

(d) Amy tidak mengambil makanan laut dalam gizinya untuk tempoh masa yang lama.
(i) Apakah masalah kesihatan yang mungkin dia hadapi?
(ii) Terangkan jawapan anda di 2(d)(i). [2 markah]


Jawapan:
(a) Kelas makanan bagi susu ialah protein.

(b)
Nilai kalori bagi roti = 250 × 9.4 = 2350 kJ
Nilai kalori bagi susu = 200 × 13.7 = 2740 kJ
Nilai kalori bagi oren = 100 × 1.5 = 150 kJ
Jumlah kalori yang diambil oleh Andrew untuk sarapan pagi = 5240 kJ

(c)
Andrew memerlukan kalori yang lebih tinggi setiap hari.
Budak lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding budak perempuan.

(d)(i) Goiter

(d)(ii)
Kekurangan iodin

Leave a Comment