7.3.2a Pengaliran Arus Elektrik dalam Litar Bersiri dan Litar Selari (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah  1.1 menunjukkan susunan radas bagi suatu litar elektrik untuk mengkaji hubungan antara voltan, arus dan rintangan.
Rajah  1.1

(a) Apakah radas L? [1 markah]

(b) Nyatakan fungsi J dan fungsi L. [2 markah]

(c) Berdasarkan Rajah 1.1, cadangkan satu cara untuk mengurangkan bacaan bagi radas L. [1 markah]

(d) Rajah  1.2 menunjukkan satu litar selari.

Rajah  1.2

M1 dan M2 adalah dua mentol yang serupa. Rintangan setiap mentol ialah 2 ohm dan arus dalam litar ialah 6A.
Hitung voltan dalam litar tersebut. [2 markah]


Jawapan:
(a)
Ammeter

(b)
J – Untuk mengukur voltan
K – Untuk mengubah rintangan

(c)
Menambahkan rintangan dengan mengubah K / Mengurangkan bilangan sel kering

(d)

1 R = 1 2 + 1 2 R= 2 2 =1 Ω V=IR =6 A×1 Ω =6 V



Soalan 2:
Rajah  2.1 menunjukkan satu litar selari dengan mentol yang serupa W, X dan Y.

Rajah  2.1

(i) Nyatakan kecerahan semua mentol itu, jika suis dalam litar ini dihidupkan. [1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan di 2(a)(i). [1 markah]

(iii) Jika W dikeluarkan, apakah yang terjadi pada X dan Y? [1 markah]

(iv) Jika litar selari ini digantikan dengan litar bersiri, apakah yang berlaku kepada mentol-mentol lain jika satu daripada mentol itu terbakar? [1 markah]

(b) Rajah 2.2 menunjukkan satu litar elektrik lengkap. Klip kertas logam itu digerakkan di sepanjang wayar dari S ke T.

Rajah  2.2

(i) Apakah yang berlaku kepada bacaan ammeter apabila klip itu digerakkan di sepanjang wayar dari S ke T? [1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan di 2(b)(i).


Jawapan:
(a)(i)
Sama terang

(a)(ii)
Semua mentol mendapat jumlah voltan yang sama

(a)(iii)
Mentol X dan Y masih menyala.

(a)(iv)
Semua mentol tidak akan menyala.

(b)(i)
Bacaan ammeter berkurang.

(b)(ii)
Rintangan bertambah apabila panjang wayar bertambah.




Leave a Comment