1.5.3a Rangsangan dan Gerak Balas Tumbuhan (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1 menunjukkan susunan radas untuk menyiasat dan mengenal pasti rangsangan yang dikesan oleh tumbuhan.

Rajah 1

(i) Dalam petak berwarna pada Rajah 1, lukis satu anak panah untuk menunjukkan arah pertumbuhan pucuk selepas 5 hari. [1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan di (a)(i). [1 markah]

(iii) Apakah jenis tropisma yang ditunjukkan oleh pucuk itu? [1 markah]

(iv) Nyatakan satu kepentingan tropisma di (a)(iii) kepada tumbuhan. [1 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan biji benih bercambah dalam tiga bikar yang berlainan, K, L dan M.

Rajah 2

(i) Mengapakah akar-akar di K dan L tumbuh ke arah yang ditunjukkan pada Rajah 2? [1 markah]

(ii) Mengapakah pertumbuhan akar-akar dalam bikar M dikenali sebagai geotropism positif? [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)


(a)(ii)
Untuk mendapatkan cahaya matahari

(a)(iii)
Fototropisme

(a)(iv)
Untuk menjalankan proses fotosintesis

(b)(i)
Untuk mendapatkan air

(b)(ii)
Akar tumbuh ke bawah ke arah tarikan gravity.



Leave a Comment