Aktiviti 1.8 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 1


Aktiviti 1.8:
Tujuan: Mengukur, mengguna dan mengendalikan peralatan yang lebih jitu dengan betul

Bahan dan radas: Angkup vernier, tolok skru mikrometer, penimbang digital, ammeter digital, termometer digital, termometer klinik.

Arahan
1. Jalankan aktiviti secara berkumpulan.

2. Setiap kumpulan perlu menjalankan aktiviti pengukuran di dalam makmal dengan menggunakan alat pengukur yang lebih jitu.
(a) Mengukur ketebalan buku Sains Tingkatan 1 dengan skala vernier dan tolok skru mikrometer
(b) Menyukat jisim buku Sains Tingkatan 1 dengan penimbang digital
(c) Mengukur arus elektrik dengan ammeter digital
(d) Menyukat suhu badan dengan termometer klinik dan termometer digital


3. Setiap kumpulan perlu mengambil bacaan sebanyak tiga kali untuk mendapatkan bacaan yang jitu. Nyatakan bacaan purata yang diperoleh murid di dalam jadual di bawah.
Kemudian, buat perkaitan antara nilai senggatan alat pengukur dengan kejituan bacaan.
Pastikan unit dicatatkan.


Nilai senggatan terkecil: _____________

4. Setiap kumpulan perlu membandingkan nilai bacaan yang diperoleh daripada Aktiviti 1.7 dengan bacaan yang diperoleh dalam aktiviti ini dari segi kejituan, kepersisan dan kepekaan dalam bentuk jadual seperti yang berikut. Kaitkan nilai senggatan terkecil dengan nilai kepekaan.


5. Bentangkan hasil dapatan anda di dalam kelas.


Soalan
1. Antara pembaris, angkup vernier dan tolok skru mikrometer, yang manakah lebih peka?

2. Antara neraca tiga alur dan penimbang digital, alat yang manakah dapat memperoleh bacaan yang lebih persis dan jitu?

Jawapan:
1. Tolok skru mikrometer

2. Penimbang digital

Leave a Comment