Praktis Sumatif 1 (Soalan 9 – 12) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 1


Soalan 9:
Ketika melakukan proses pencampuran bahan kimia semasa eksperimen, satu letupan kecil telah berlaku yang mengakibatkan kecederaan ringan kepada Aisyah. Kebetulan Dina berada di sisi Aisyah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Dina?

Jawapan:
(i) Laporkan kepada guru

(ii) Jika bahan kimia terkena pada Aisyah, perlu bilas dengan menggunakan air yang banyak pada bahagian yang terbabit.

(iii) Jika letupan menghasilkan api yang kecil, gunakan pemadam api yang sesuai untuk memadamkan api. Jika tidak pasti, tinggalkan makmal dengan secepat mungkin.

(iv) Beri pertolongan kecemasan kepada Aisyah atau minta bantuan guru kamu untuk membawa dia ke hospital

Soalan 10:
Aziema mendapati kain yang dijemur di luar rumah lebih cepat kering daripada kain yang dijemur di dalam rumah. Bina satu hipotesis.

Jawapan:
Kain dijemur di luar rumah lebih cepat kering daripada yang dijemur di dalam rumah.

Soalan 11:
Punita mendapati pokok di dalam pasu C tumbuh lebih subur daripada pokok di dalam pasu A dan B. Bina satu hipotesis dan rancangkan satu eksperimen untuk menguji hipotesis yang dibina.

Pasu A: Disiram air tiga hari sekali
Pasu B: Disiram air seminggu sekali
Pasu C: Disiram air setiap hari



Jawapan:
Jika pokok disiram air setiap hari, maka pokok tumbuh dengan sihat.

(i) Senaraikan pemboleh ubah dimanipulasi (kuantiti air), pemboleh ubah dimalarkan (cahaya matahari dan karbon dioksida) dan pemboleh ubah yang bergerak balas (ketinggian pokok).

(ii) Letakkan pokok-pokok di luar supaya mendapat cahaya matahari dan karbon dioksida yang sama.

(iii) Kumpulkan data ketinggian pokok dengan bilangan hari disiram.

(iv) Lukis graf tinggi pokok – bilangan hari

(v) Buat kesimpulan berdasarkan graf yang diplot dan buktikan hipotesis betul.

Soalan 12:
Pak Wan ingin menjual sejenis air minuman yang mempunyai banyak lapisan untuk menarik pelanggannya. Reka cipta minuman itu dan jelaskan cara-cara untuk menghasilkan minuman tersebut.

Jawapan:
Menggunakan prinsip ketumpatan untuk menyusun minuman dengan lapisan cecair berlainan ketumpatan.

Leave a Comment