Praktis Sumatif 4 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:


Imej fetus boleh dilihat melalui imej ultrabunyi. Ultrabunyi dianggap selamat untuk ibu dan fetus. Rajah 1 menunjukkan imej fetus yang terbentuk selepas tempoh 12 minggu kehamilan.

(a) Berdasarkan Rajah 1, fetus berada di dalam cecair. Apakah nama cecair itu?

(b) Apakah fungsi cecair yang anda namakan di 1(a)?

(c) Apakah organ yang menghubungkan fetus dengan uterus ibunya dan bagaimanakah fetus mendapat makanan dan oksigen?

(d) Apabila fetus sudah cukup sifatnya, bayi akan dilahirkan. Terangkan proses kelahiran seorang bayi.


Jawapan:
(a) Bendalir amnion

(b) Bertindak sebagai kusyen untuk menyerap gegaran dan mencegah fetus daripada mengalami kecederaan

(c) Plasenta menghubungkan fetus dengan ibunya. Fetus mendapat makanan dan oksigen daripada plasenta ibunya melalui tali pusat.


(d) Apabila fetus terbentuk dengan lengkap, badan fetus berputar sehingga kepalanya menuju ke arah serviks. Pengembangan serviks berlaku supaya kepala bayi dapat melalui faraj. Dinding berotot uterus mengecut dengan kuat, amnion pecah dan bendalir amnion dibebaskan. Pengecutan kuat uterus menolak bayi keluar daripada tubuh ibu.

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan perubahan ketebalan uterus semasa kitar haid seorang perempuan.


(a) Berdasarkan Rajah 2, ramalkan
(i) bilakah fasa haid berlaku;
(ii) bilakah pengovulan berlaku kepada perempuan tersebut?

(b) Jika perempuan tersebut melakukan hubungan seks pada hari ke-13 dalam kitar haidnya, adakah kemungkinan perempuan tersebut akan hamil?


Jawapan:
(a)(i) Hari 1-5

(ii) Hari ke-14

(b) Ya, kerana fasa subur adalah pada hari ke-12 hingga ke-16.

Soalan 3:
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah membantu pasangan suami isteri untuk merancang kehamilan dan juga mengatasi masalah kemandulan.

(a) Terangkan mana-mana dua cara untuk mencegah kehamilan secara sementara.

(b) Penjualan kondom secara terbuka dikatakan menyumbang kepada masalah sosial dalam masyarakat. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Berikan pendapat anda.


Jawapan:
(a)
Pil pencegah hamil
Pil pencegah hamil menghalang proses pengovulan.

Implan
Penggunaan implan merembeskan hormon dan menghalang ovari untuk menghasilkan ovum.


Penggunaan kondom
Kondom dipakai pada zakar lelaki sebelum persetubuhan untuk menghalang kemasukan sperma daripada memasuki vagina wanita semasa ejakulasi.

Alat kontraseptif dalam uterus (IUCD)
Alat kontraseptif dalam rahim dimasukkan ke dalam uterus wanita bagi mengelakkan berlaku penempelan.


(b)
Cadangan Jawapan:

Setuju. Penjualan kondom secara terbuka hanya akan menggalakkan hubungan seksual antara pasangan luar nikah. Kondom perlu dijual dengan pengawasan dan tidak sepatutnya diletakkan di rak terbuka atau kaunter hadapan. Had umur individu yang membeli kondom perlu ditetapkan seperti hanya dijual kepada mereka yang sudah mencapai usia 20 tahun dan yang sudah bernikah.

Leave a Comment