Praktis Sumatif 4 (Soalan 6 & 7) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Soalan 6:
Kemandulan sering kali menjadi masalah kepada pasangan yang baharu berkahwin pada masa ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Adakah benar anggapan sesetengah pihak bahawa kemandulan hanya berpunca daripada wanita sahaja? Berikan pendapat anda.


Jawapan:
Tidak benar. Lelaki juga boleh mengalami masalah kemandulan seperti testis tidak dapat menghasilkan sperma atau penghasilan sperma yang sedikit dan tidak berkualiti. Selain itu, jika seseorang lelaki itu mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis juga boleh menyebabkan pasangan itu tidak dapat menghasilkan zuriat.

Soalan 7:
Sepasang suami isteri sudah berkahwin selama 12 tahun, namun masih belum dikurniakan anak.

(a) Dari segi perubatan, apakah andaian anda tentang sebab pasangan suami isteri tersebut belum dikurniakan anak?

(b) Berdasarkan jawapan anda di 7(a), cadangkan satu kaedah yang boleh dilakukan oleh pasangan tersebut untuk mengatasi masalah mereka. Terangkan kebaikan kaedah tersebut.


Jawapan:
(a) Mungkin kedua-duanya mandul atau salah seorang daripada mereka mandul.

(b)
• Menjalani rawatan hormon untuk membantu suami atau isteri menghasilkan gamet yang sihat

• Menjalani pembedahan untuk menyelesaikan masalah tiub Falopio atau saluran duktus sperma yang tersumbat

• Menggunakan kaedah in vitro (IVF) iaitu mengeluarkan ovum dari ovari isteri untuk disenyawakan oleh sperma di dalam bekas kaca dan embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam uterus isterinya; pasangan tersebut mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat zuriat.

Leave a Comment