Aktiviti 6.4 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.4:
Tujuan: Mengasingkan campuran dengan menggunakan kaedah penurasan

Bahan dan radas: Pasir, air suling, kertas turas, corong turas, bikar 50 ml, spatula, rod kaca, kaki retort dan pengapit.

Arahan


1. Masukkan campuran pasir dan air (30 ml air dan dua spatula pasir) ke dalam sebuah bikar.

2. Kacau campuran pasir dan air selama dua minit.

3. Turas campuran tersebut (Rajah 6.20). Catatkan pemerhatian anda.


Soalan
1. Apakah keadaan jirim bagi pasir dan air?

2. Adakah pasir dapat diasingkan secara fizikal?

3. Namakan baki turasan dan hasil turasan dalam aktiviti ini.

Jawapan:
1. Pasir-pepejal, air-cecair

2. Ya

3.
Baki turasan: pasir
Hasil turasan: air

Leave a Comment