Latihan Formatif 4.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan patogen dan vektor?

Jawapan:
Patogen ialah organisma yang menyebabkan penyakit. Vektor ialah organisma yang memindahkan patogen daripada perumah ke perumah yang baharu.


Soalan 2:
Berikan satu contoh penyakit yang disebabkan oleh
(a) bakteria
(b) virus
(c) kulat

Jawapan:
(a) Kolera

(b) H1N1// Denggi

(c) Panau// kurap


Soalan 3:
Berikan dua contoh penyakit berjangkit dan dua contoh penyakit tidak berjangkit.

Jawapan:
Penyakit berjangkit:
SARS// H1N1// Tuberkulosis// selesema

Penyakit tidak berjangkit:
Kencing manis// darah tinggi// kanser


Soalan 4:
Nyatakan tiga cara penyakit berjangkit disebarkan.

Jawapan:
Penyakit berjangkit tersebar melalui vektor dan medium seperti air, udara, dan sentuhan.

Leave a Comment