Latihan Formatif 4.2 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Namakan dua strategi pertahanan badan manusia.

Jawapan:
Mekanisme pertahanan spesifik dan mekanisme pertahanan tidak spesifik.


Soalan 2:
Apakah yang dimaksudkan dengan antigen, antibodi dan keimunan?

Jawapan:
Antigen ialah bendasing atau bahan yang bukan daripada badan sendiri yang merangsang gerak balas sistem imun badan.

Antibodi ialah protein yang dihasilkan oleh sel darah putih ke dalam aliran darah sebagai gerak balas terhadap antigen.

Keimunan ialah keupayaan sistem badan melawan sesuatu patogen setelah badan dijangkiti sesuatu patogen.


Soalan 3:
Graf di bawah menunjukkan dua jenis keimunan, P dan Q.


(a)
Namakan keimunan P dan Q.
(b) Terangkan persamaan dan perbezaan antara keimunan P dan keimunan Q.
(c) Pada pandangan anda, keimunan yang manakah lebih baik? Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
P: Keimunan pasif semula jadi
Q: Keimunan aktif semula jadi

(b)
Persamaan:
Kedua-dua jenis keimunan ini diperoleh secara semula jadi tanpa bantuan luar.

Perbezaan:
Keimunan P diperoleh setelah badan mendapat antibodi daripada susu ibu atau darah ibu yang merentasi plasenta manakala keimunan Q terhasil apabila antibodi yang dihasilkan oleh individu yang sembuh daripada penyakit.

(c)
Keimunan Q lebih baik kerana kepekatan antibodi dalam darah kekal di atas aras keimunan.

Sebaliknya, bagi keimunan P, selepas satu tempoh masa, kepekatan antibodi dalam darah menurun hingga di bawah aras keimunan.

Leave a Comment