Latihan Formatif 5.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5

Soalan 1:
Terangkan dengan contoh maksud zat terlarut, pelarut dan larutan.

Jawapan:
Gula larut di dalam air membentuk air gula.
Gula ialah zat terlarut, iaitu bahan yang larut di dalam sesuatu cecair.
Air ialah pelarut, iaitu cecair yang melarutkan zat terlarut.
Air gula ialah larutan, iaitu hasil campuran zat terlarut dan pelarut.

Soalan 2:
Terangkan satu perbezaan antara larutan dengan ampaian.

Jawapan:
Zarah-zarah zat terlarut di dalam larutan melarut dalam pelarut tetapi zarah-zarah zat terlarut di dalam ampaian tidak melarut dalam pelarut.
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 3:
Namakan bahan yang terdapat di dalam rumah yang boleh menanggalkan karat, kesan darah dan dakwat.

Jawapan:
Karat – Jus limau nipis/ Cuka
Darah – Larutan garam biasa
Dakwat – Penyembur rambut/ Cuka

Soalan 4:
Mengapakah air panas sesuai digunakan untuk membancuh air kopi?

Jawapan:
Air panas mempercepat kadar keterlarutan serbuk kopi. Semakin tinggi suhu air, semakin tinggi kadar keterlarutan serbuk kopi.

Leave a Comment