Aktiviti 6.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.1:
Tujuan: Mengkaji sifat-sifat asid dan alkali.

Bahan:
Asid hidroklorik cair, asid hidroklorik pekat, larutan natrium hidroksida cair, larutan natrium hidroksida pekat, jus limau nipis, jus peria, pita magnesium, kertas turas, kertas pasir, kertas litmus biru dan kertas litmus merah, kayu uji, mancis, kertas pH dan carta pH Radas: Tabung uji, penitis, piring Petri dan jubin putih


Arahan
(A) Nilai pH


1. Titiskan 10 titik asid hidroklorik cair ke dalam sebuah piring Petri.

2. Uji bahan di dalam piring Petri dengan sehelai kertas pH (Rajah 6.1).

3. Tentukan nilai pH dengan membandingkan warna kertas pH dengan carta pH.

4. Rekodkan pemerhatian anda.

5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan asid hidroklorik cair dengan larutan natrium hidroksida cair.

(B) Rasa
1. Rasakan sedikit jus limau nipis dan diikuti dengan jus peria. Kumur mulut anda dengan air selepas merasa setiap bahan itu.

2. Rekodkan pemerhatian anda.


(C) Sifat mengakis (Demonstrasi guru)


1. Titiskan setitik asid hidroklorik pekat ke atas sehelai kertas turas yang diletakkan di atas sekeping jubin putih (Rajah 6.2).

2. Rekodkan pemerhatian anda.

3. Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggantikan asid hidroklorik pekat dengan larutan natrium hidroksida pekat.


(D) Kesan terhadap kertas litmus biru dan kertas litmus merah
1. Letakkan sehelai kertas litmus biru dan kertas litmus merah di atas jubin putih.

2. Titiskan setitik asid hidroklorik cair ke atas kedua-dua helai kertas litmus dan rekodkan pemerhatian anda.

3. Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggantikan asid hidroklorik cair dengan larutan natrium hidroksida cair.


(E) Tindak balas terhadap logam


1. Gosok permukaan pita magnesium dengan kertas pasir.

2. Masukkan pita itu ke dalam tabung uji yang diisi dengan 5 ml asid hidroklorik cair.

3. Tutupkan mulut tabung uji dengan ibu jari selama seminit.

4. Alihkan ibu jari anda dan masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji (Rajah 6.3).

5. Rekodkan pemerhatian anda.

6. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan menggantikan asid hidroklorik cair dengan larutan natrium hidroksida cair.


Pemerhatian




Soalan
1. Apakah julat pH bagi alkali?

2. Berikan satu inferens bagi pemerhatian anda pada Aktiviti E.

3. Mengapakah pita magnesium perlu digosok dengan kertas pasir sebelum digunakan?

4. Ramalkan rasa cuka dan daun semambu.

5. Berikan definisi secara operasi bagi asid dan alkali.


Jawapan:
1. pH 8 – pH 14

2. Tindak balas asid dengan logam membebaskan gas hidrogen kerana asid mengandungi ion hidrogen.

3. Pita magnesium yang dibiarkan terdedah dalam udara akan teroksida. Jadi, pita magnesium perlu digosok dengan kertas pasir untuk menyingkirkan bahagian yang teroksida itu.

4.
Cuka – Masam
Daun semambu – Pahit

5. Asid ialah bahan kimia yang menukarkan kertas litmus biru menjadi merah.
Alkali ialah bahan kimia yang menukarkan kertas litmus merah menjadi biru.
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Leave a Comment