Latihan Sumatif 7 (Soalan 1 – 4) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Tandakan (3) pada pernyataan yang betul tentang cas elektrostatik.

(a) Pembumian menyebabkan cas positif mengalir dari objek ke bumi.  ( )

(b) Cas-cas elektrik yang sama jenis akan menarik antara satu sama lain.  ( )

(c) Elektroskop digunakan untuk menentukan kewujudan cas elektrostatik.  ( )

Jawapan:
(c)

Soalan 2:
Lantai pejabat Imran dilapisi dengan karpet nilon.

(a) Apakah kesan cas elektrostatik ke atas Imran jika dia menyentuh kerusi besi? Jelaskan jawapan anda.

(b) Cadangkan satu cara untuk mengatasi kesan cas elektrostatik yang dinyatakan di 2(a).


Jawapan:
(a) Imran akan terasa renjatan elektrik yang kecil disebabkan oleh proses nyahcas dari badannya.

(b) Memakai tapak kasut yang diperbuat daripada getah

Soalan 3:
(a) Mengapakah penjana Van de Graaff tidak berfungsi dengan baik ketika cuaca yang lembap?

(b) Mengapakah kejutan elektrik yang diterima daripada penjana Van de Graaff kurang berbahaya berbanding dengan kejutan elektrik daripada bekalan kuasa domestik?


Jawapan:
(a) Wap air yang banyak di udara semasa cuaca lembap menghalang pengumpulan cas pada suatu objek.

(b) Arus daripada penjana Van de Graaff adalah kurang berbanding dengan arus daripada bekalan kuasa domestik.

Soalan 4:
Lengkapkan teka silang kata berikut berkaitan dengan keelektrikan.



Jawapan:
(a) – Arus 
(b) – Konduktor 
(c) – Ohm
(d) – Selari
(e) – Perintang

Leave a Comment