Aktiviti 8.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.1:
Tujuan: Menyiasat kewujudan pelbagai jenis daya.
Bahan: Bola, blok kayu, kertas pasir dan air
Radas: Spring, kaki retort dan pengapit, pemberat 50 g, bikar dan pembaris meter

(A)

Arahan

1. Pegang dan lambungkan bola ke satu ketinggian (Rajah 8.1).
2. Perhatikan sama ada bola tersebut terus naik ke atas atau jatuh ke bawah.


(B)
Arahan
1. Letak sebongkah blok kayu di atas sebuah meja. Mengapakah blok kayu itu kekal pada kedudukannya?
2. Kemudian, tolak blok kayu itu (Rajah 8.2 (a)).
3. Ulang langkah 2 dengan menolak blok kayu yang sama di atas kertas pasir (Rajah 8.2 (b)).
4. Bandingkan kesukaran menolak blok kayu di atas meja dengan blok kayu di atas kertas pasir.



(C)
Arahan
1. Gantungkan seutas spring pada sebuah kaki retort.
2. Gantungkan pemberat 50 g di hujung spring itu (Rajah 8.3).
3. Perhatikan perubahan pada panjang spring.
4. Alihkan pemberat dan perhatikan perubahan pada panjang spring.



(D)
Arahan
1. Letakkan sebongkah blok kayu di atas permukaan air di dalam sebuah bikar (Rajah 8.4).
2. Tekan blok kayu ke dasar bikar dan lepaskan.
3. Perhatikan perkara yang berlaku terhadap blok kayu itu.


Soalan
1. Kenal pasti jenis daya yang terlibat dalam Aktiviti A, B, C dan D.
2. Apakah jenis daya yang bertindak ke atas objek yang pegun?
3. Apakah jenis daya yang menentang gerakan objek?


Jawapan:
1.
Aktiviti A: Daya graviti
Aktiviti B: Berat dan daya normal, daya geseran
Aktiviti C: Daya elastik
Aktiviti D: Daya apungan

2. Berat, daya normal dan daya geseran

3. Daya geseran

Leave a Comment