Latihan Formatif 9.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Mengapakah gelung pemanas di dalam cerek elektrik berada di dasar cerek?

Jawapan:
Pemanasan air akan bermula pada bahagian di sekitar gelung pemanas. Air panas bergerak ke atas dan air sejuk bergerak ke bawah. Proses perolakan ini menyebabkan air dipanaskan lebih cepat.

Soalan 2:
Ayam yang dibakar di dalam ketuhar biasanya dibalut dengan kerajang aluminium terlebih dahulu. Mengapa?

Jawapan:
Kerajang aluminium ialah konduktor haba yang baik yang boleh mempercepat proses pemasakan ayam.

Soalan 3:
Mengapakah bekas polistirena digunakan untuk menyimpan kiub ais?

Jawapan:
Bekas polistirena ialah penebat yang menghalang haba dari persekitaran sampai ke dalam kiub ais. Ini melambatkan proses pencairan kiub ais.

Soalan 4:
Amirah menggunakan selimut yang tebal ketika tidur semasa cuaca sejuk. Apakah fungsi selimut itu? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
Selimut berfungsi sebagai penebat haba. Haba badan akan terperangkap dalam selimut dan mengawal suhu badannya supaya tidak terlalu sejuk.

Leave a Comment