Praktis Formatif 2.5 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan tumbuhan bakau.


Namakan tiga bahagian dalam tumbuhan bakau yang melakukan pertukaran gas.


Jawapan:
Daun, batang (lentisel), akar udara (lentisel)


Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan struktur stoma.


Label bahagian P dan Q.

Jawapan:
P: Sel pengawal
Q: Liang stoma


Soalan 3:
(a) Adakah liang stoma terbuka atau tertutup pada waktu siang? Terangkan.

(b) Adakah liang stoma terbuka atau tertutup pada waktu malam? Terangkan.

(c) Mengapakah liang stoma tertutup pada hari panas?

Jawapan:
(a) Liang stoma tumbuhan terbuka pada waktu siang apabila terdapat cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis.

(b) Liang stoma tumbuhan tertutup apabila keadaan menjadi gelap pada waktu malam. Pada waktu malam air meresap keluar dari sel pengawal juga secara osmosis dan menyebabkan sel pengawal menjadi flasid.

(c) Liang stoma tumbuhan tertutup pada hari panas untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak melalui transpirasi.


Soalan 4:
Apakah kesan udara tercemar terhadap tumbesaran dan kemandirian tumbuhan?

Jawapan:
Udara tercemar akan mengurangkan cahaya matahari sampai ke tumbuhan dan mengurangkan kadar fotosintesis.
Oleh itu, tumbesaran dan kemandirian tumbuhan terjejas.

Leave a Comment