Praktis Formatif 4.2 (Soalan 3 – 5) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 4


Soalan 3:
Gariskan jawapan yang betul tentang siri kereaktifan logam.

(a) Logam disusun dalam siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas logam terhadap (karbon/oksigen).

(b) Logam yang paling reaktif dalam siri kereaktifan logam ialah (kalsium/kalium).

(c) Siri kereaktifan logam diaplikasikan dalam (peleburan/pengekstrakan) logam daripada bijihnya.

Jawapan:
(a) oksigen
(b) kalium
(c) pengekstrakan

Soalan 4:
(a) Nyatakan logam yang paling reaktif dalam siri kereaktifan logam.
(b) Nyatakan logam yang paling tidak reaktif dalam siri kereaktifan logam.

Jawapan:
(a) Kalium
(b) Emas

Soalan 5:
(a) Nyatakan dua unsur bukan logam yang dimasukkan ke dalam siri kereaktifan logam.
(b) Mengapakah dua unsur bukan logam ini dimasukkan ke dalam siri kereaktifan logam?

Jawapan:
(a) Karbon dan hidrogen

(b) Karbon dan hidrogen dapat bertindak balas dengan oksigen.
Oleh itu, kereaktifan karbon dan hidrogen terhadap oksigen juga boleh dibandingkan dengan kereaktifan logam terhadap oksigen.

Leave a Comment