Eksperimen 6.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 6


Eksperimen 6.1:
Tujuan
Membina dan mengkaji fungsi transformer ringkas injak naik dan injak turun dengan menggunakan teras besi lembut berlamina

Pernyataan masalah
Apakah fungsi transformer injak naik dan injak turun?

Hipotesis
(a) Dalam transformer injak naik, voltan sekunder (output) adalah lebih tinggi daripada voltan primer (input).
(b) Dalam transformer injak turun, voltan sekunder (output) adalah lebih rendah daripada voltan primer (input).

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Bilangan lilitan gegelung sekunder
(b) bergerak balas : Kecerahan mentol
(c) dimalarkan : Bilangan lilitan gegelung primer

Bahan
Wayar penyambung, dawai kuprum bertebat dan mentol

Radas
Bekalan kuasa a.u. dan teras besi lembut berlamina yang berbentuk-C

Prosedur
1. Lilitkan 30 lilitan dawai pada satu lengan teras besi lembut yang berlamina untuk membentuk gegelung primer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.25.

2. Lilitkan 15 lilitan dawai pada satu lagi lengan teras besi lembut yang berlamina untuk membentuk gegelung sekunder seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.25.

3. Sambungkan gegelung primer pada bekalan kuasa a.u.. Kemudian, sambungkan mentol P merentasi gegelung primer dan mentol S merentasi gegelung sekunder seperti dalam Rajah 6.25.


4. Hidupkan suis bekalan kuasa a.u. dan laraskan voltannya pada 2 V.

5. Perhati dan bandingkan kecerahan kedua-dua mentol.

6. Ulang langkah 3 hingga 5 tetapi dengan menggunakan gegelung primer yang mempunyai 30 lilitan dan gegelung sekunder yang mempunyai 60 lilitan.

Pemerhatian


Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?


Soalan
1. Berdasarkan keputusan eksperimen ini.
(a) Apakah kesan terhadap kecerahan mentol jika Np > Ns?
(b) Apakah hubung kait antara Vp dengan Vs jika Np > Ns?
(c) Apakah jenis transformer ini?

2. Berdasarkan keputusan eksperimen ini.
(a) Apakah kesan terhadap kecerahan mentol jika Np < Ns?
(b) Apakah hubung kait antara Vp dengan Vs jika Np < Ns?
(c) Apakah jenis transformer ini?

3. Apakah yang terjadi kepada perubahan voltan bagi arus ulang-alik pada sebuah transformer jika perbezaan antara bilangan lilitan dalam gegelung primer dengan bilangan lilitan dalam gegelung sekunder ditambah?

4. Mengapakah bilangan lilitan dalam gegelung primer dan sekunder adalah berbeza dalam semua transformer?


Jawapan:
1.
(a) Mentol P lebih cerah berbanding S
(b) Vp > VS
(c) Transformer injak turun

2.
(a) Mentol S lebih cerah berbanding P
(b) Vp < VS
(c) Transformer injak naik

3. Jika perbezaan antara bilangan lilitan dalam gegelung primer dengan bilangan lilitan dalam gegelung sekunder pada sebuah transformer ditambah, perbezaan antara voltan primer dengan voltan sekunder akan menjadi lebih besar.

4. Transformer hanya boleh mengubah voltan bagi arus ulang-alik jika bilangan lilitan dalam gegelung primer dan sekunder di dalamnya adalah berlainan.
Sebaliknya, jika bilangan lilitan dalam gegelung primer dan sekunder dalam sebuah transformer adalah sama, maka voltan primer dan voltan sekunder adalah sama, iaitu tidak diubah.

Leave a Comment