Praktis Formatif 7.2 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
(a) Apakah hubung kait antara tenaga keupayaan graviti dengan kerja?

(b) Apakah hubung kait antara tenaga keupayaan kenyal dengan kerja?

Jawapan:
(a) Tenaga keupayaan graviti ialah kerja yang dilakukan untuk mengangkat sesuatu objek ke suatu ketinggian, h, dari permukaan Bumi.

(b) Tenaga keupayaan kenyal ialah kerja yang dilakukan untuk memampat atau meregang suatu bahan kenyal dengan sesaran, x dari kedudukan keseimbangan.


Soalan 2:
Liza mengangkat sebuah kerusi seberat 40 N sehingga ke aras ketinggian 50 cm.

(a) Berapakah kerja yang dilakukan oleh Liza untuk mengangkat kerusi tersebut?

(b) Apakah bentuk tenaga yang dimiliki oleh kerusi itu?

(c) Berapakah tenaga yang dimiliki oleh kerusi itu?

Jawapan:
(a)
W = Fs
= 40 N × 0.5 m
= 20 J

(b) Tenaga keupayaan graviti

(c)
Tenaga keupayaan graviti yang dimiliki oleh kerusi
= kerja yang dilakukan ke atasnya
= 20 J

Leave a Comment