Eksperimen 9.1:
Tujuan: Mengkaji kegunaan bahan yang berbeza sebagai penebat haba.
Pernyataan masalah: Antara kapas, kain felt dan kerajang aluminium, bahan yang manakah merupakan penebat haba yang baik?
Hipotesis: Kapas dan kain felt ialah penebat haba yang baik.
Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu air dalam kelalang dasar rata
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan penebat
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Suhu akhir
Bahan: Kapas, kain felt, kerajang aluminium dan air didih
Radas: Kelalang dasar rata, gabus, termometer dan jam randik
Prosedur:

1. Sediakan empat kelalang dasar rata seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.8.
2. Catatkan suhu awal setiap kelalang dasar rata.
3. Catatkan suhu akhir setiap kelalang dasar rata selepas 10 minit.
Pemerhatian:

Kesimpulan: Adakah hipotesis diterima? Berikan alasan anda.
Soalan
1. Nyatakan inferens untuk pemerhatian anda pada kelalang dasar rata N.
2. Apakah kegunaan kelalang dasar rata K?
Jawapan:
1. Suhu air menurun paling banyak dalam kelalang dasar rata N kerana aluminium bukan penebat haba yang baik dan memindahkan haba daripada air dengan lebih cepat.
2. Kelalang dasar rata K digunakan sebagai kawalan untuk dibandingkan dengan keputusan eksperimen.