Rajah 1 menunjukkan dua picagari, P dan Q, sebelum dan selepas dimampatkan. Picagari P diisi dengan bahan L dan picagari Q diisi dengan bahan M.
Rajah 1
(i) Tulis keadaan jirim bagi bahan M. [1 markah]
(ii) Nyatakan satu langkah untuk menambah tekanan dalam picagari Q. [1 markah]
(iii) Bandingkan susunan zarah-zarah bagi bahan L dan bahan M. [1 markah]
(b) Rajah 2 menunjukkan seorang murid sedang menyedut air menggunakan penyedut minuman.
Rajah 2
Berdasarkan prinsip tekanan udara, nyatakan mengapa murid ini boleh menyedut air itu. [1 markah]
(c) Rajah 3 menunjukkan pelocok yang digunakan untuk membersihkan paip yang tersumbat.Rajah 3
(i) Bandingkan tekanan udara di K dengan tekanan udara di L. [1 markah]
(ii) Nyatakan bagaimana menggunakan pelocok untuk membersihkan paip yang tersumbat. [2 markah]
(iii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam (c)(ii). [1 markah]
Jawapan:
(a)(i)
Gas
(a)(ii)
Dengan menekan omboh
(a)(iii)
Zarah-zarah dalam bahan M disusun lebih jauh antara satu dengan yang lain berbanding zarah-zarah dalam bahan L.
(b)
Tekanan udara di dalam penyedut minuman lebih rendah daripada tekanan udara di luar penyedut minuman.
(c)(i)
Tekanan udara di K lebih tinggi daripada tekanan udara di L.
(c)(ii)
Tarik dan tolak pelocok di atas lubang sinki.
(c)(iii)
Apabila pelocok ditolak dan ditarik, tekanan udara di L dikurangkan dan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam paip dapat menolak bahan sumbatan keluar.