Praktis Sumatif 7 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Carta pai dalam Rajah 1 menunjukkan peratusan gas P, Q, R dan S dalam atmosfera.



(a) Kenal pasti gas
(i) P
(ii) Q
(iii) R
(iv) S

(b) Nyatakan kepentingan gas P.

(c) Apakah yang akan berlaku pada suhu di Bumi sekiranya peratusan gas S meningkat? Berikan satu sebab bagi jawapan anda.

(d) Berikan satu sebab udara dikelaskan sebagai suatu campuran.


Jawapan:
(a)
P: Nitrogen
Q: Oksigen
R: Gas nadir
S: Karbon dioksida

(b)(i) Menghasilkan asid nitrik dan ammonia

(b)(ii) Membantu dalam pertumbuhan haiwan dan tumbuhan


(c) Suhu di Bumi akan meningkat kerana gas S memerangkap haba.

(d)(i) Komponen udara boleh diasingkan melalui kaedah fizikal.

(d)(ii) Setiap gas masih menunjukkan sifat-sifat asal apabila diasingkan.

Soalan 2:
Selesaikan teka silang kata di bawah dengan jawapan yang betul.



Melintang:
(a) Kitar karbon mengekalkan kandungan gas ini dalam udara.
(b) Gas ini diisi di dalam mentol.

Menegak:
(c) Lapisan udara yang mengelilingi Bumi.
(d) Gas ini diperlukan dalam pembakaran.


Jawapan:
(a) Karbon dioksida

(b) Argon

(c) Atmosfera

(d) Oksigen

Leave a Comment