Latihan Sumatif 10 (Soalan 1 – 4) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan Aiman cuba berkomunikasi dengan Sam dari jarak 10 meter.


Cadangkan satu cara supaya Sam dapat mendengar suara Aiman dengan lebih jelas.


Jawapan:
Menggunakan dua cawan polistirena yang disambung menggunakan tali.

– Cawan polistirena memerangkap gelombang bunyi.

– Tali akan membantu memindahkan gelombang bunyi.

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan bentuk asal isyarat bunyi pada paparan O.S.K. Lukiskan bentuk gelombang yang terhasil apabila perubahan berikut dilakukan pada isyarat bunyi.


(a) Kuasa output dikurangkan

(b) Frekuensi ditambah


Jawapan:



Soalan 3:
Kelajuan gelombang bunyi akan berubah apabila bergerak melalui medium yang berbeza. Nyatakan hubungan antara kelajuan bunyi dengan suhu udara. Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Bunyi akan bergerak dengan lebih laju dalam udara pada suhunya yang lebih tinggi kerana pemindahan tenaga bunyi dapat berlaku dengan lebih cepat disebabkan oleh tenaga kinetik zarah zarah udara yang lebih tinggi.

Soalan 4:
Encik Azli berpindah ke rumah baharu yang tidak mempunyai sebarang perabot. Dia mendapati bahawa gema dihasilkan apabila dia bercakap. Kesan gema berkurang apabila rumah telah dilengkapi dengan perabot.

(a) Bagaimanakah gema dihasilkan?

(b) Mengapakah kesan gema berkurang apabila rumah telah dilengkapi dengan perabot?


Jawapan:
(a) Bunyi dipantulkan oleh permukaan keras seperti dinding.

(b) Perabot akan menyerap sebahagian bunyi dan menyebabkan kesan pantulan berkurang.

Leave a Comment