Latihan Formatif 10.3 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Adakah jarak sumber bunyi dari permukaan pantulan memberi kesan kepada gema yang dihasilkan? Berikan pendapat anda.

Jawapan:
Ya, jarak sumber yang jauh daripada permukaan menyebabkan bunyi kehilangan tenaga dan menghasilkan gema yang lebih lemah.

Soalan 2:
Mengapakah gema didengar secara berulang-ulang di dalam gua?

Jawapan:
Permukaan gua yang tidak rata menyebabkan pantulan bunyi berlaku dalam pelbagai arah. Hal ini menyebabkan gema didengar secara berulang-ulang.

Soalan 3:
Nyatakan dua kegunaan ultrabunyi.

Jawapan:
(i) Memeriksa keadaan janin dalam kandungan.

(ii) Menganggar kedalaman laut.

Leave a Comment