Rajah 1 menunjukkan tiga sinaran radioaktif, P, Q dan R.

(a) Namakan sinaran radioaktif P dan sinaran radioaktif R. [2 markah]
(b) Nyatakan cas bagi sinaran radioaktif P dan sinaran radioaktif Q. [2 markah]
(c) Namakan bahan yang menghalang penembusan sinaran radioaktif R. [1 markah]
(d) Namakan sinaran radioaktif yang digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. [1 markah]
Jawapan:
(a)
P: Sinaran alfa
R: Sinaran gama
(b)
P: Bercas positif
Q: Bercas negatif
(c) Blok plumbum yang tebal.
(d) Sinaran gama
Rajah 2 menunjukkan pemesongan sinaran radioaktif oleh medan elektrik.
Rajah 2
(a) Namakan sinaran radioaktif P. [1 markah]
(b) Sinaran radioaktif Q tidak terpesong oleh medan elektrik.
Berikan alasan kepada pemerhatian tersebut. [1 markah]
(c) Sinaran yang manakah mempunyai
(i) kuasa penembusan yang paling tinggi?
(ii) kuasa pengionan yang paling tinggi? [2 markah]
(d) Namakan satu contoh bahan radioaktif yang digunakan dalam bidang perubatan.
Terangkan kegunaannya. [2 markah]
Jawapan:
(a) Sinaran radioaktif P: Sinaran beta
(b) Sinaran radioaktif Q adalah neutral kepada medan elektrik
(c)(i) Sinar gama mempunyai kuasa penembusan yang paling tinggi
(c)(ii) Sinar alfa mempunyai kuasa pengionan yang paling tinggi
(d) Kobalt-60
Digunakan untuk merawat kanser