6.4.1a Perbezaan Ciri-ciri Logam dan Bukan Logam (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kekonduksian haba antara logam dan bukan logam.




Jadual menunjukkan masa yang diambil untuk paku tekan jatuh selepas kedua-dua rod dipanaskan.


(a) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini. [1 markah]

(b) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
  (i) Pembolehubah dimalarkan [1 markah]
  (ii) Pembolehubah dimanipulasikan [1 markah]

(c) Berdasarkan Jadual, rod manakah adalah konduktor haba yang baik? [1 markah]

(d) Kaca adalah bahan bukan logam. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi bukan logam. [1 markah]


Jawapan:
(a) Logam adalah konduktor haba yang lebih baik daripada bukan logam.

(b)(i) Jarak di antara paku tekan dan nyalaan, saiz nyalaan

(b)(ii) Jenis rod

(c) Rod kuprum

(d) Bukan logam didefinisikan secara operasi sebagai suatu konduktor haba yang lemah.



Soalan 2:
Seorang murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kekuatan regangan bagi dua jenis bahan. Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.



(a)
Berdasarkan Rajah 2.1 dan Rajah 2.2, namakan bahan yang mempunyai kekuatan regangan yang tinggi. [1 markah]

(b)
 Nyatakan satu pemboleh ubah dimanipulasikan bagi eksperimen ini. [1 markah]

(c)
 Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah]

(d)
 Karbon adalah suatu bahan bukan logam. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi bukan logam. [1 markah]

(e)
 Tandakan ( √ ) bagi bahan yang mempunyai ciri yang sama seperti bahan pada Rajah 2.1. [1 markah]



Jawapan:
(a) Kuprum

(b) Jenis bahan

(c) Logam mempunyai kekuatan regangan yang tinggi berbanding bukan logam

(d) Bukan logam ialah bahan yang mudah patah

(e) Timah





Leave a Comment