(a) Rajah 1 menunjukkan beberapa jenis makanan yang kaya dalam satu daripada kelas makanan.
Rajah 1
(i) Namakan kelas makanan itu. [1 markah]
(ii) Nyatakan satu fungsi kelas makanan yang dinamakan dalam (a)(i). [1 markah]
(b) Rajah 2 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam satu ujian makanan.
Rajah 2
Selepas 20 minit, pemerhatian dicatatkan dalam Jadual 1.
Jadual 1
Nyatakan kelas makanan yang terdapat di dalam setiap tabung uji. [2 markah]
(c) Jadual 2 menunjukka nilai kalori bagi jenis makanan yang berbeza.
Jadual 2
Menu makanan tengah hari seorang budak perempuan ditunjukkan di bawah.
(i) Hitung nilai kalori makan tengah hari budak perempuan itu, dengan merujuk kepada Jadual 2. [1 markah]
(ii) Namakan satu makanan lain dalam Jadual 2 yang budak perempuan itu sepatutnya ambil untuk menjadikan makan tengah harinya diet seimbang. [1 markah]
(d) Nyatakan satu sebab mengapa pesakit kencing manis harus mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet mereka. [1 markah]
Jawapan:
(a)(i)
Protein
(a)(ii)
Untuk pertumbuhan dan memperbaiki sel-sel yang rosak
(b)
Tabung uji R: Kanji
Tabung uji S: Protein
(c)(i)
2675 kJ + 550 kJ + [2 × 1567 kJ]
= 6359 kJ
(c)(ii)
Tembikai atau pisang (mana-mana satu)
(d)
Untuk mengawal aras glukosa dalam badan