Latihan Sumatif 3 (Soalan 3 – 5) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 3


Soalan 3:


Rajah 2 menunjukkan sistem pencernaan manusia.
(a) Kenal pasti bahagian P hingga W.
(b) Namakan bahagian bermulanya
(i) pencernaan karbohidrat
(ii) pencernaan protein
(iii) pencernaan lemak


Jawapan:
(a)
P: Mulut
Q: Hati
R: Usus besar
S: Esofagus
T: Perut
U: Duodenum
V: Usus kecil
W: Dubur

(b)
(i)
Mulut
(ii) Perut
(iii) Duodenum

Soalan 4:
Amirah telah menguji dua jenis makanan yang berlainan menggunakan larutan iodin dan larutan Benedict. Hasil pemerhatian Amirah adalah seperti berikut:

• Nasi – bertukar warna menjadi biru tua apabila ujian iodin dijalankan, kekal biru apabila dilakukan ujian Benedict

• Madu – kekal warna perang apabila ujian iodin dijalankan, menjadi mendakan merah bata apabila ujian Benedict dijalankan

(a) Jelaskan cara Amirah melakukan ujian Benedict.

(b) Bina satu jadual yang jelas untuk menunjukkan keputusan yang diperoleh Amirah dalam kedua-dua ujian makanan tersebut.

(c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat oleh Amirah?


Jawapan:
(a)
(i) Madu dimasukkan ke dalam tabung didih

(ii) 2 ml larutan Benedict ditambah

(iii) Larutan dipanaskan di dalam tabung didih menggunakan kukus air

(iv) Perubahan warna diperhatikan.


(b)

(c) Nasi mengandungi kanji. Madu mengandungi gula penurun.

Soalan 5:
Pui Yee telah menjalankan eksperimen tentang kesan haba terhadap amilase. Amilase mencernakan kanji kepada maltosa.

• 2 ml larutan amilase dituang ke dalam dua tabung didih, A dan B.

• Hanya larutan di dalam tabung didih A dididihkan. Kemudian, larutan tersebut dibiarkan sejuk hingga mencapai suhu bilik.

• 5 ml ampaian kanji ditambahkan ke dalam tabung didih A dan B.

• Selepas 10 minit, Pui Yee menjalankan ujian untuk menguji kehadiran maltosa. Pui Yee mendapati maltosa hadir di dalam tabung didih B sahaja.

(a) Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam eksperimen ini?

(b) Nyatakan dua pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen ini.

(c) Pui Yee membuat kesimpulan bahawa suhu yang tinggi telah memusnahkan amilase. Adakah kesimpulan Pui Yee betul? Wajarkan.


Jawapan:
(a) Suhu amilase

(b) Isi padu amilase dan isi padu ampaian kanji

(c) Ya. Apabila dipanaskan, larutan Benedict tidak membentuk mendakan merah. Ini menunjukkan bahawa tiada kehadiran gula penurun. Suhu yang tinggi telah menghasilkan amilase. Kanji tidak dapat dicernakan kepada maltosa.

Leave a Comment