Latihan Sumatif 3 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan suatu piramid makanan.


(a) Namakan tiga jenis makanan yang berada pada ruangan bertanda X.

(b) Nyatakan fungsi makanan tersebut.

(c) Amri berusia 15 tahun dan mengalami obesiti. Amri juga telah disahkan menghidap diabetes oleh doktor.

(i) Cadangkan amalan yang perlu dilakukan oleh Amri bagi mengawal kesihatannya.

(ii) Cadangkan menu sarapan yang seimbang dan sesuai untuk Amri.

(iii) Pada pendapat anda, apakah punca masalah kesihatan Amri? Wajarkan pendapat anda.


Jawapan:
(a) Telur, daging, kacang soya, ayam, ikan
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

(b) Pertumbuhan/ Membina sel-sel dan tisu badan


(c)(i) Amalkan pengambilan makanan sihat/ Bersenam/ Banyakkan minum air kosong

(c)(ii) Roti, minuman coklat dan telur separuh masak
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

(c)
(iii)
Amri mungkin kerap mengambil makanan rapu dan minuman bergas. Makanan rapu mengandungi lemak yang tinggi. Minuman bergas pula mengandungi gula yang tinggi. Lemak berlebihan akan menyebabkan obesiti dan gula berlebihan pula menyebabkan diabetes.

Soalan 2:
Nicole tinggal di kawasan Artik yang mempunyai suhu serendah –40°C.

(a) Apakah kelas makanan yang perlu diambil secara berterusan oleh Nicole untuk menyesuaikan dirinya dengan suhu sejuk?

(b) Berikan alasan bagi jawapan anda di 2(a).

Jawapan:
(a) Mengambil diet yang tinggi dengan kandungan lemak ikan.

(b) Memanaskan badan. Lemak berlebihan akan disimpan di bawah kulit sebagai penebat haba.

Leave a Comment