3.5.1a Kelas Makanan (Soalan Subjektif)

Soalan 1:
(a) Rajah  1 menunjukkan beberapa jenis makanan yang kaya dalam satu daripada kelas makanan.

Rajah  1

(i) Namakan kelas makanan itu. [1 markah]

(ii) Nyatakan satu fungsi kelas makanan yang dinamakan dalam (a)(i). [1 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam satu ujian makanan.

Rajah  2

Selepas 20 minit, pemerhatian dicatatkan dalam Jadual 1.

Jadual  1

Nyatakan kelas makanan yang terdapat di dalam setiap tabung uji. [2 markah]


(c) Jadual 2 menunjukka nilai kalori bagi jenis makanan yang berbeza.

Jadual  2

Menu makanan tengah hari seorang budak perempuan ditunjukkan di bawah.


(i) Hitung nilai kalori makan tengah hari budak perempuan itu, dengan merujuk kepada Jadual 2.  [1 markah]

(ii) Namakan satu makanan lain dalam Jadual 2 yang budak perempuan itu sepatutnya ambil untuk menjadikan makan tengah harinya diet seimbang. [1 markah]

(d) Nyatakan satu sebab mengapa pesakit kencing manis harus mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet mereka. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Protein

(a)(ii)
Untuk pertumbuhan dan memperbaiki sel-sel yang rosak

(b)
Tabung uji R: Kanji
Tabung uji S: Protein

(c)(i)
2675 kJ + 550 kJ + [2 × 1567 kJ]
= 6359 kJ

(c)(ii)
Tembikai atau pisang (mana-mana satu)

(d)
Untuk mengawal aras glukosa dalam badan

Leave a Comment