8.3.4a Tekanan Udara (Soalan Subjektif)

Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan dua picagari, P dan Q, sebelum dan selepas dimampatkan. Picagari P diisi dengan bahan L dan picagari Q diisi dengan bahan M.

Rajah 1

(i) Tulis keadaan jirim bagi bahan M. [1 markah]

(ii) Nyatakan satu langkah untuk menambah tekanan dalam picagari Q. [1 markah]

(iii) Bandingkan susunan zarah-zarah bagi bahan L dan bahan M. [1 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan seorang murid sedang menyedut air menggunakan penyedut minuman.


Rajah 2

Berdasarkan  prinsip tekanan udara, nyatakan mengapa murid ini boleh menyedut air itu. [1 markah]


(c) Rajah 3 menunjukkan pelocok yang digunakan untuk membersihkan paip yang tersumbat.
Rajah 3

(i) Bandingkan tekanan udara di K dengan tekanan udara di L. [1 markah]

(ii) Nyatakan bagaimana menggunakan pelocok untuk membersihkan paip yang tersumbat. [2 markah]

(iii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam (c)(ii). [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Gas

(a)(ii)
Dengan menekan omboh

(a)(iii)
Zarah-zarah dalam bahan M disusun lebih jauh antara satu dengan yang lain berbanding zarah-zarah dalam bahan L.

(b)
Tekanan udara di dalam penyedut minuman lebih rendah daripada tekanan udara di luar penyedut minuman.

(c)(i)
Tekanan udara di K lebih tinggi daripada tekanan udara di L.

(c)(ii)
Tarik dan tolak pelocok di atas lubang sinki.

(c)(iii)
Apabila pelocok ditolak dan ditarik, tekanan udara di L dikurangkan dan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam paip dapat menolak bahan sumbatan keluar.

Leave a Comment