1.5.2a Struktur dan Fungsi Mata (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Dalam kelas sains, Ivan telah mempelajari tentang mekanisme penglihatan.


Dengan menggunakan perkataan yang disediakan di atas, lengkapkan carta alir berikut yang menunjukkan laluan cahaya dari suatu objek yang masuk ke dalam mata. [2 markah]



(b) Seseorang yang rabun dekat boleh melihat objek jauh dengan baik tetapi objek dekat kelihatan kabur.
Terangkan bagaimana untuk mengatasi masalah itu. [2 markah]

(c) Dalam satu ujian penglihatan, Ivan dikehendaki membaca huruf-huruf pada kad. Pada jarak 3 meter, Ivan gagal mengenal pasti huruf-huruf yang bersaiz kecil pada kad itu.
Nyatakan keadaan struktur mata Ivan dan cara mengatasi masalah penglihatannya. [2 markah]


Jawapan:
(a)(i)
anak mata

(a)(ii) retina

(b)
– Imej focus di belakang retina.
– Memakai cermin berkanta cembung yang menfokuskan sinar cahaya ke atas retina.

(c)
– Kantan mata terlalu tebal atau bebola mata terlalu panjang
– Memakai cermin berkanta cekung yang menfokuskan sinar cahaya ke atas retina




Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan bagaimana mata manusia boleh melihat.

Rajah 2.1

(a)(i) Nyatakan satu perbezaan antara objek R dengan imej I. [1 markah]

(ii) Bagaimanakah saiz imej I berubah apabila mata berada 10 cm dari objek R? [1 markah]

(iii) Nyatakan satu sebab bagi jawapan di (a)(ii). [1 markah]

(b)(i) Lengkapkan Rajah 2.2 untuk menunjukkan pembentukan imej bagi objek jauh pada retina seseorang yang rabun jauh. [3 markah]

Rajah 2.2

(ii) Apakah yang menyebabkan situasi pada Rajah 2.2 berlaku? [1 markah]

(iii) Bagaimanakah situasi pada Rajah 2.2 boleh diperbetulkan? [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Imej I lebih kecil daripada objek R.

(a)(ii)
Imej menjadi semakin besar.

(a)(iii)
Semakin dekat objek dengan kanta, semakin besar imej.

(b)(i)


(b)(ii)
Bebola mata terlalu panjang. / Kanta mata terlalu tebal
(mana-mana satu)

(b)(iii)
Memakai cermin mata berkanta cekung.



Leave a Comment