4.4.3a Pengekstrakan Logam dari Bijihnya (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah di bawah menunjukkan pengekstrakan bijih timah pada suhu tinggi dalam relau bagas.



(a) Namakan dua unsur yang terdapat dalam R. [2 markah]

(b) Nyatakan satu sebab mengapa karbon adalah unsur yang sesuai digunakan dalam pengekstrakan bijih timah daripada R? [1 markah]

(c) Namakan gas S. [1 markah]

(d) Apakah fungsi batu kapur dalam proses ini? [1 markah]

(e) Namakan hasil T. [1 markah]


Jawapan:
(a) Timah, oksigen

(b)
Oleh sebab timah adalah kurang reaktif berbanding dengan karbon, karbon boleh digunakan untuk menurunkan bijih timah daripada R.

(c)
Karbon dioksida.

(d)
Batu kapur diurai oleh haba untuk membentuk kapur tohor (kalsium oksida) yang bertindak balas dengan benda asing seperti silika untuk membentuk sanga.

(e)
Sanga
 

Leave a Comment