7.4.1a Kerja, Tenaga dan Kuasa (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan seorang murid yang sama mengangkat dua beg yang berlainan jisim ke atas meja.

Rajah 1.1

(a) Berdasarkan pemerhatian dalam Rajah 1.1:
(i) Bandingkan perbezaan kerja yang dilakukan antara situasi J dan situasi K. [1 markah]

(ii) Nyatakan satu hubungan antara jisim beg dengan masa yang diambil untuk mengangkatnya. [1 markah]

(iii) Tulis satu inferens mengenai beg dalam situasi J. [1 markah]


(b) Seorang murid mengangkat tiga pemberat yang berlainan nilai dari lantai ke atas meja menggunakan neraca spring. Rajah 1.2 menunjukkan tiga bacaan neraca spring di W, X dan Y.

Rajah 1.2

Jadual 1 di bawah menunjukkan bacaan pada neraca spring di W, X dan Y.

Jadual 1

(i) Berdasarkan Rajah 1.3, nyatakan bacaan bagi neraca spring itu. [1 markah]

Rajah 1.3


(ii) Berdasarkan data pada Jadual 1, lukis graf garis bagi bacaan neraca spring melawan jisim pemberat. [2 markah]


(iii) Berdasarkan graf garis yang dilukis di (b)(ii), nyatakan hubungan antara bacaan neraca spring dengan jisim pemberat. [1 markah]

(iv) Nyatakan pembolehubah yang terlibat dalam aktiviti ini. [2 markah]




(c)(i) Nyatakan definisi secara operasi bagi kerja yang dilakukan dalam Rajah 1.1. [1 markah]

(ii) Rajah 1.4 menunjukkan empat aktiviti harian, P, Q, R dan S.

Rajah 1.4

Berdasarkan definisi secara operasi bagi kerja yang dilakukan dalam (c)(i), kelaskan aktiviti-aktiviti dalam Rajah 1.4 berdasarkan kerja yang dilakukan. [2 markah]



Jawapan:
(a)(i)
Kerja yang dilakukan di situasi J adalah kurang berbanding kerja yang dilakukan di situasi K.

(a)(ii)
Semakin berat beg itu, semakin panjang masa diambil untuk mengangkat beg itu.

(a)(iii)
Beg di situasi J lebih ringan daripada beg di situasi K kerana masa yang diambil untuk mengangkat beg itu lebih singkat.

(b)(i)
250 N

(b)(ii)




(b)(iii)
Apabila jisim pemberat meningkat, bacaan neraca spring turut meningkat.

(b)(iv)


(c)(i)
Kerja yang dilakukan adalah masa yang diambil untuk mengangkat beg itu.

(c)(ii)




Leave a Comment