8.5.3a Sinaran Mengion dan Sinaran Tidak Mengion (Soalan Subjektif)

Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan tiga sinaran radioaktif, P, Q dan R.


(a) Namakan sinaran radioaktif P dan sinaran radioaktif R. [2 markah]

(b) Nyatakan cas bagi sinaran radioaktif P dan sinaran radioaktif Q. [2 markah]

(c) Namakan bahan yang menghalang penembusan sinaran radioaktif R. [1 markah]

(d) Namakan sinaran radioaktif yang digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. [1 markah]


Jawapan:
(a)
P: Sinaran alfa 
R: Sinaran gama

(b)
P: Bercas positif
Q: Bercas negatif

(c) Blok plumbum yang tebal.

(d) Sinaran gama

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan pemesongan sinaran radioaktif oleh medan elektrik.

Rajah 2

(a) Namakan sinaran radioaktif P. [1 markah]


(b) Sinaran radioaktif Q tidak terpesong oleh medan elektrik.
Berikan alasan kepada pemerhatian tersebut. [1 markah]

(c) Sinaran yang manakah mempunyai
(i) kuasa penembusan yang paling tinggi?
(ii) kuasa pengionan yang paling tinggi? [2 markah]

(d) Namakan satu contoh bahan radioaktif yang digunakan dalam bidang perubatan. 
Terangkan kegunaannya. [2 markah]


Jawapan:
(a) Sinaran radioaktif P
: Sinaran beta 

(b)
Sinaran radioaktif Q adalah neutral kepada medan elektrik

(c)(i)
Sinar gama mempunyai kuasa penembusan yang paling tinggi

(c)(ii)
Sinar alfa mempunyai kuasa pengionan yang paling tinggi

(d)
Kobalt-60
Digunakan untuk merawat kanser

Soalan 3:
Rajah 6.1 menunjukkan kuasa penembusan bagi tiga jenis sinaran radioaktif.

Rajah 6.1

(a) Namakan bahan X dan bahan Z. [2 markah]

(b) Rajah 6.2 menunjukkan suatu bahan radioaktif yang memancarkan sinaran radioaktif yang akan melalui medan elektrik.

Rajah 6.2

Lukiskan pergerakan sinar beta dalam Rajah 6.2. [1 markah]

(c) Cadangkan satu kaedah mengendalikan bahan radioaktif dengan selamat.
Terangkan jawapan anda. [3 markah]


Jawapan:
(a)
X : Kepingan kertas
Z : Blok plumbum tebal

(b)



(c)
Bekerja di kawasan yang dilindungi oleh pengadang seperti dinding konkrit atau pengadang plumbum. Sinaran radioaktif dihalang oleh pengadang tersebut dan tidak dapat mengancam badan kita.

Leave a Comment