8.5.3a Sinaran Mengion dan Sinaran Tidak Mengion (Soalan Subjektif)

Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan tiga sinaran radioaktif, P, Q dan R.


(a) Namakan sinaran radioaktif P dan sinaran radioaktif R. [2 markah]

(b) Nyatakan cas bagi sinaran radioaktif P dan sinaran radioaktif Q. [2 markah]

(c) Namakan bahan yang menghalang penembusan sinaran radioaktif R. [1 markah]

(d) Namakan sinaran radioaktif yang digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. [1 markah]


Jawapan:
(a)
P: Sinaran alfa 
R: Sinaran gama

(b)
P: Bercas positif
Q: Bercas negatif

(c) Blok plumbum yang tebal.

(d) Sinaran gama

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan pemesongan sinaran radioaktif oleh medan elektrik.

Rajah 2

(a) Namakan sinaran radioaktif P. [1 markah]


(b) Sinaran radioaktif Q tidak terpesong oleh medan elektrik.
Berikan alasan kepada pemerhatian tersebut. [1 markah]

(c) Sinaran yang manakah mempunyai
(i) kuasa penembusan yang paling tinggi?
(ii) kuasa pengionan yang paling tinggi? [2 markah]

(d) Namakan satu contoh bahan radioaktif yang digunakan dalam bidang perubatan. 
Terangkan kegunaannya. [2 markah]


Jawapan:
(a) Sinaran radioaktif P
: Sinaran beta 

(b)
Sinaran radioaktif Q adalah neutral kepada medan elektrik

(c)(i)
Sinar gama mempunyai kuasa penembusan yang paling tinggi

(c)(ii)
Sinar alfa mempunyai kuasa pengionan yang paling tinggi

(d)
Kobalt-60
Digunakan untuk merawat kanser

Leave a Comment