Aktiviti 1.9 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 1


Aktiviti 1.9:
Tujuan: Membuat perkaitan antara kemahiran membuat anggaran dengan pengukuran sebenar

Bahan dan radas: Pensel dan pembaris


Arahan
1. Ukur panjang sebatang pensel = p cm.

2. Ukur panjang meja dengan pensel tersebut.
Panjang meja = bilangan pensel × p

3. Kemudian, ukur panjang meja dengan pembaris.

4. Catatkan ukuran panjang meja dengan pembaris.


Soalan
Apakah perbezaan antara ukuran panjang meja dengan pensel (ukuran anggaran) dengan ukuran panjang meja dengan pembaris (ukuran sebenar)?

Jawapan:
Ukuran panjang meja dengan pembaris lebih tepat daripada ukuran panjang meja dengan pensel.

Leave a Comment