Praktis Sumatif 2 (Soalan 1 – 5) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Label struktur P, Q dan R pada Rajah 1.


Jawapan:
P = Sitoplasma, Q = Nukleus, R = Mitokondria

Soalan 2:
Tandakan (✓) pada petak di bawah ini yang mewakili organ.


Jawapan:
Ginjal, peparu

Soalan 3:
Namakan sel-sel berikut.


Jawapan:
(a) ovum,

(b) sel darah merah,

(c) sel saraf

Soalan 4:
Jika sel tumbuhan dan sel haiwan diletakkan di bawah mikroskop, apakah ciri-ciri pada sel tersebut yang membolehkan anda mengenal pasti bahawa sel itu ialah sel tumbuhan?

Jawapan:
Sel tumbuhan mempunyai dinding sel, kloroplas, vakuol dan berbentuk tetap.

Soalan 5:
Terangkan sebab kulit merupakan satu organ dan bukan tisu.

Jawapan:
Kulit merupakan organ sebab terdiri daripada gabungan tisu epitelium, tisu penyambung, tisu otot, tisu darah dan tisu saraf. Tisu-tisu ini bertindak secara bersepadu untuk menjalankan fungsi tertentu.

Leave a Comment