Praktis Sumatif 2 (Soalan 6 – 8) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 2


Soalan 6:
Berikan satu contoh organ. Ramalkan keadaan manusia jika kehilangan organ tersebut.

Jawapan:
Manusia tidak dapat menjalankan fungsi tertentu jika kehilangan salah satu organ. Misalnya, kerosakan ginjal akan menyebabkan proses perkumuhan tidak dapat dijalankan. Tanpa proses perkumuhan, darah akan menjadi beracun dan merosakkan organ-organ lain. Hal ini boleh membawa kematian jika racun itu tidak disingkirkan melalui penggunaan mesin dialisis.

Soalan 7:
Rajah 3 di bawah menunjukkan organisasi satu sistem dalam manusia.

Nyatakan sistem tersebut dan bincangkan fungsinya.


Jawapan:
Sistem peredaran darah. Sistem ini berfungsi mengangkut oksigen ke sel-sel dan karbon dioksida dari sel-sel ke peparu. Sistem ini juga berfungsi mengangkut nutrien, hormon dan melawan jangkitan penyakit.

Soalan 8:

Haiwan herbivor seperti lembu dalam Gambar foto 1 memakan rumput. Tenaga daripada rumput sampai kepada lembu dan dikembalikan kepada rumput. Bagaimanakah benda hidup saling memerlukan antara satu sama lain dari segi proses fotosintesis dan respirasi sel dalam hal ini? Bincangkan.

r />Jawapan:
Apabila lembu memakan rumput, tenaga kimia yang tersimpan dalam bentuk kanji dalam rumput melalui proses fotosintesis digunakan oleh lembu sebagai sumber tenaga. Gas karbon dioksida yang dihasilkan semasa proses respirasi sel lembu akan digunakan semula oleh rumput semasa proses fotosintesis untuk menghasilkan kanji. Najis lembu juga akan menjadi baja kepada rumput. Apabila lembu memakan semula rumput ini, tenaga ini akan balik semula kepada lembu.

Leave a Comment