Praktis Sumatif 2 (Soalan 9 – 11) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 2


Soalan 9:
Amirah dan Azma mengambil sampel air dari sebuah kolam. Mereka mendapati bahawa terdapat organisma (Rajah 4) dalam titisan air tersebut apabila dilihat melalui mikroskop.


Amirah berpendapat organisma ini merupakan sejenis haiwan tetapi Azma berasakan organisma ini merupakan sejenis tumbuhan. Pada pendapat anda, apakah pernyataan yang lebih sesuai tentang organisma di atas? Berikan alasan.


Jawapan:
Organisma ini mempunyai sifat kedua-dua sel haiwan dan tumbuhan. Seperti sel tumbuhan, organisma ini mengandungi klorofil untuk melakukan proses fotosintesis. Seperti sel haiwan, organisma ini mempunyai flagella atau ekor seperti sel haiwan untuk bergerak ke arah cahaya matahari.

Soalan 10:
Zuliha menjalankan penyiasatan untuk mengkaji sel-sel yang membentuk organ jantung. Pada pendapat anda, sel yang manakah membantu pengecutan dan pengenduran otot pada jantung? Berikan alasan.


Jawapan:
Q. Q ialah sel otot yang boleh mengecut dan mengendur.

Soalan 11:
Tiga orang murid berbincang mengenai sel. Perbualan mereka adalah seperti yang berikut.

Mei Fong: Saya berpendapat semua organisma terdiri daripada satu sel sahaja.

Keetha: Saya pula berpendapat sesetengah organisma terdiri daripada satu sel manakala organisma yang lain terdiri daripada banyak sel untuk menjalankan pelbagai fungsi.

Hidayah: Saya tidak setuju. Semua benda hidup adalah kompleks dan terdiri daripada banyak sel untuk melakukan pelbagai fungsi.

Pada pendapat anda, pernyataan murid yang manakah betul? Berikan alasan untuk menyokong pilihan anda.


Jawapan:
Keetha betul. Sebab terdapat organisma unisel dan multisel di sekeliling kita. Organisma unisel adalah organisma yang terdiri daripada satu sel manakala organisma multisel adalah organisma yang terdiri daripada lebih daripada satu sel. Contoh organisma unisel ialah ameba dan yis manakala contoh multisel ialah hidra dan manusia. Walaupun organisma unisel terdiri daripada satu sel, organisma itu boleh menjalankan semua proses kehidupan seperti pertumbuhan dan pembiakan.

Leave a Comment