Praktis Formatif 4.2 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Apakah kepentingan sistem pembiakan kepada lelaki dan wanita?

Jawapan:
Untuk melahirkan zuriat.

Soalan 2:
Nyatakan fungsi uretra, zakar dan skrotum pada sistem pembiakan lelaki.

Jawapan:
Fungsi uretra: Salur untuk mengeluarkan sperma dan air kencing keluar dari badan

Fungsi zakar: Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan

Fungsi skrotum: Memegang dan melindungi testis

Soalan 3:
Nyatakan fungsi tiub Falopio, faraj dan uterus kepada sistem pembiakan perempuan.

Jawapan:
Fungsi tiub Fallopio: Tempat persenyawaan antara sperma dan ovum

Fungsi faraj: Menerima sperma dan menjadi saluran bayi dilahirkan

Fungsi uterus: Tempat embrio berkembang dan membesar

Soalan 4:
Apakah yang dimaksudkan dengan akil baligh?

Jawapan:
Peringkat permulaan sistem pembiakan menjadi matang dan menghasilkan sel pembiakan.

Soalan 5:
Ketika akil baligh, remaja akan mengalami masalah badan berbau. Terangkan bagaimanakah masalah ini boleh berlaku?

Jawapan:
Masalah badan berbau berlaku disebabkan oleh perubahan hormon apabila mencapai akil baligh.

Soalan 6:
Sekiranya seseorang perempuan didapati mengalami kerosakan pada kedua-dua ovarinya, adakah wanita tersebut masih boleh hamil? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
Tidak boleh, perempuan tersebut tidak dapat menghasilkan ovum.

Leave a Comment