Praktis Formatif 4.4 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Jika berlaku penempelan embrio pada dinding uterus, adakah haid akan berlaku?

Jawapan:
Tidak

Soalan 2:
Terangkan perkembangan zigot selepas persenyawaan.

Jawapan:
Selepas persenyawaan, zigot membahagi menjadi satu bebola sel yang disebut sebagai embrio. Embrio akan menempel di dinding uterus. Embrio yang telah menempel pada dinding uterus akan terus berkembang menjadi fetus dan semakin menyerupai bayi.

Soalan 3:
Lengkapkan carta alir di bawah yang menunjukkan urutan perkembangan zigot dalam tempoh 38 minggu.


Jawapan:
Zigot ➝ Embrio ➝ Fetus ➝ Bayi

Soalan 4:
Nyatakan fungsi amnion, plasenta dan tali pusat.

Jawapan:
Fungsi amnion: Membran yang membentuk pundi dan mengandungi bendalir.

Fungsi plasenta: Tempat pertukaran nutrien, oksigen, karbon dioksida dan bahan buangan antara darah ibu dan darah fetus.

Fungsi tali pusat: Tiub yang menghubungkan fetus kepada plasenta

Leave a Comment