Praktis Formatif 4.6 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Senaraikan empat punca kemandulan lelaki dan perempuan.

Jawapan:
Punca kemandulan lelaki:
(i) Kualiti sperma rendah
(ii) Bilangan sperma tidak mencukupi
(iii) Testis tidak menghasilkan sperma
(iv) Mati pucuk

Punca kemandulan perempuan:
(i) Ovari tidak dapat menghasilkan ovum
(ii) Tiub Falopio tersumbat
(iii) Uterus tidak normal
(iv) Ketumbuhan dalam uterus

Soalan 2:
Apakah kaedah yang dapat digunakan untuk membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat jika
(a) suami tidak subur?
(b) tiub Falopio isteri tersumbat?

Jawapan:
(a) Suntikan ubat hormon dan pembedahan
(b) Rawatan menggunakan kaedah IVF

Soalan 3:
Terangkan cara-cara pencegahan kehamilan vasektomi dan ligasi.

Jawapan:
(a) Kaedah vasektomi: memotong dan mengikat kedua-dua duktus sperma melalui pembedahan supaya tiada sperma yang dipancutkan semasa ejakulasi.

(b) Kaedah ligasi: kedua-dua tiub Fallopio dipotong dan diikat melalui pembedahan supaya ovum tidak disenyawakan oleh sperma.

Soalan 4:
Apakah yang dimaksudkan dengan bayi tabung uji?

Jawapan:
Bayi tabung uji ialah bayi yang terbentuk melalui kaedah IVF. Sperma dan ovum bersenyawa di dalam bekas kaca kemudian embrio yang telah tersenyawa akan dimasukkan ke dinding uterus wanita.

Soalan 5:
Nyatakan dua kepentingan individu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Jawapan:
Pemeriksaan awal secara berkala dapat mengesan simptom awal penyakit kronik dan mengurangkan risiko masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Soalan 6:
Menggugurkan kandungan tidak seharusnya dijadikan sebagai cara untuk mengawal kelahiran. Berikan pendapat anda.

Jawapan:
Menggugurkan kandungan tidak seharusnya dijadikan sebagai cara mengawal kehamilan kerana setiap makhluk yang bernyawa mempunyai hak untuk hidup walaupun dalam kandungan.

Leave a Comment