Praktis Formatif 4.7 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Apakah fungsi bahagian ranggi bunga dalam pembiakan tumbuhan?

Jawapan:
Menarik perhatian serangga untuk pendebungan.

Soalan 2:
Mengapakah sepal berbeza daripada ranggi?

Jawapan:
Sepal: berwarna hijau untuk melindungi kudup bunga

Ranggi: berwarna warni bagi menarik perhatian serangga

Soalan 3:
Mengapakah sesetengah pokok betik boleh berbunga tetapi tidak boleh berbuah?

Jawapan:
Pokok betik tersebut hanya mempuyai organ seks jantan sahaja pada bunganya. Bunga betik tidak dapat disenyawakan menyebabkan betik tidak dapat berbuah.

Soalan 4:
Terangkan fungsi bagi setiap bahagian bunga yang berikut dalam pembiakan tumbuhan:
(a) stigma
(b) stil
(c) anter

Jawapan:
(a) Fungsi stigma: menerima butir debunga (gamet jantan)

(b) Fungsi stil: menghubungkan stigma ke ovari

(c) Fungsi anter: menghasilkan gamet jantan

Soalan 5:
Nyatakan perbezaan antara ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh angin dengan serangga.

Jawapan:

Leave a Comment