Eksperimen 5.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 5


Eksperimen 5.1:
Pernyataan masalah: Apakah perbezaan kadar resapan zarah yang berlaku dalam pepejal dan cecair?

Hipotesis: Kadar resapan zarah adalah rendah dalam pepejal, tetapi adalah tinggi dalam cecair.

Tujuan: Menjalankan eksperimen untuk menentukan kadar resapan kuprum(II) sulfat dalam dua keadaan jirim

Pemboleh ubah
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Medium resapan
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar resapan zarah

Bahan dan radas: Hablur kuprum(II) sulfat, agar-agar tidak berwarna, air suling, tabung uji, penyumbat getah, silinder penyukat, jam randik.

Prosedur
(A) Resapan dalam pepejal


1.
Sediakan radas seperti dalam Rajah 5.10.

2. Perhatikan perubahan yang berlaku selepas dua hari.

3. Rekodkan pemerhatian anda.

(B) Resapan dalam cecair


1. Masukkan satu spatula hablur kuprum(II) sulfat ke dalam silinder penyukat yang mengandungi 50 ml air suling (Rajah 5.11).

2. Perhatikan perubahan yang berlaku selepas 15 minit.

3. Rekodkan pemerhatian anda.

Keputusan


Kesimpulan
Adakah hipotesis diterima atau tidak?


Soalan
1. Nyatakan pemerhatian bagi aktiviti A dan B.

2. Bandingkan kadar resapan hablur kuprum(II) sulfat dalam agar-agar dan air.

Jawapan:
1. Resapan berlaku di dalam cecair lebih cepat berbanding pepejal.

2. Kadar resapan hablur kuprum(II) sulfat dalam air adalah lebih tinggi berbanding dengan dalam agar-agar.

Leave a Comment